KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan anak-anak penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditawarkan perkhidmatan bas sekolah percuma.

ada masa sama, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melaksanakan sistem sewa beli rumah PPR tanpa deposit.

Katanya, pendekatan itu bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah, sejajar usaha kerajaan membasmi kemiskinan bandar.

“Saya meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berbincang dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung mekanisme berkesan pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sumber: BHOnline

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *