JITRA – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Haili Dolhan, 63, diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-44 yang berlangsung di Dewan Wawasan di sini hari ini.

Haili yang berasal dari Sibu, Sarawak telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama 43 tahun dengan memulakan kerjaya sebagai pendidik pada 23 Jun 1970 sebagai guru diploma.

Di peringkat Jabatan Pelajaran negeri Sarawak, beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya Pegawai Pelajaran Bahagian, Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan dan Ketua Sektor Kurikulum negeri.

Bagi peringkat pusat pula, Haili pernah memegang pelbagai jawatan seperti Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian dan Rektor Institut Pendidikan Malaysia.

Pada majlis sama, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang kini Pengerusi Perbadanan Kota Buku, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud, 63, diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan. Kedua-dua penerima anugerah menerima hadiah wang tunai, rantai dan loket emas, plak anugerah dan sijil penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang kesemuanya berjumlah RM50,000.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – KOSMO!


Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz3aIQYJxZ2

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *