Putrajaya: Empat universiti penyelidikan (RU) negara disasarkan akan berada pada tangga 200 terbaik di dunia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Universiti berkenaan adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebuah lagi RU iaitu Universiti Malaya (UM) sudah berada pada tangga 114 terbaik di dunia dan dijangka meningkat pada tangga 100 terbaik dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.

“Sasaran itu mampu dicapai disandarkan beberapa siri kejayaan yang diraih universiti berkenaan di peringkat antarabangsa baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya KPT di sini, semalam

Idris berkata, ketika ini, UPM menduduki tangga ke-229, UKM (230), UTM (253) dan USM (264).

Sumber: myMetro

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *