PADANG TERAP : Golongan pendidik tidak perlu takut salurkan maklumat berkaitan salah laku pelajar atau masalah gengsterisme di sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid beri jaminan, keselamatan mereka tidak akan terancam kerana kementerian ada kerjasama khas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelas beliau pemantauan sentiasa dilakukan oleh polis di kawasan yang dikenal pasti mempunyai elemen gengsterisme.

“Mereka tidak boleh sembunyi, sekolah pulak tidak boleh sembunyi, sekolah kena beritahu.

“Mereka tidak perlu takut sebab pihak keselamatan ada. Kawasan-kawasan yang terdedah dengan elemen gengsterisme ini sudah ada. Polis sudah tahu, jabatan pun sudah tahu,” katanya.

Tambah Mahdzir Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan terhadap  42 pelajar sekolah di Klang yang sedang didakwa di mahkamah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Baiti Jannati anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Padang Terap, Kedah.

 

 

 

 

Sumber : Astro Awani                  http://buff.ly/2pmg053

Gambar : facebook.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *