KEMENTERIAN Pendidikan mengkaji berhubung kenaikan gred guru yang memegang ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) supaya diberi kemudahan tanpa mengikut kenaikan tempoh waktu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu sememangnya dalam kajian kementerian kerana ramai guru yang memegang ijazah sarjana dan PhD.

“Kementerian meneliti dalam isu ini sebab kami hanya mempunyai kuasa membuat kajian, pelaporan dan cadangan itu dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.

“Pada peringkat JPA, kami yakinkan mengapa perlu dinaikkan gaji awal kepada guru yang menamatkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

“Saya akui perkara ini perlu dilihat dengan serius memandangkan guru mengorbankan masa menamatkan pengajian empat hingga lima tahun,” katanya kepada pemberita dalam satu wawancara khas, di sini, semalam.

Dalam wawancara khas itu, Mahdzir berkata, ada aliran sangat positif apabila ramai warga pendidik mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka di peringkat lebih tinggi termasuk PhD.

Selain kajian berhubung kenaikan gred itu, beliau berkata, kementerian melihat untuk menambah baik Akta Perkhidmatan Awam sedia ada dengan memasukkan secara khusus perlindungan kepada guru.

“Akta ini sedia ada (Akta Perkhidmatan Awam) cuma sekarang kami perlu tambah baik kepada urusan yang berkaitan dengan perlindungan guru serta kebajikan juga.

“Guru di bandar terutamanya di kawasan panassangat berisiko termasuk guru di pedalaman.

“Ada guru yang berdepan dengan ancaman orang tertentu terutama di bandar, guru di kawasan pedalaman pula selalu terdedah dengan faktor keselamatan seperti pengangkutan yang memerlukan menyeberang sungai,” katanya.

 

 

 

 

Sumber : Metro             http://buff.ly/2qV5T44

Gambar : padu.edu.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *