SEMPENA ulang tahun ke-60 Oxford Fajar Sdn Bhd, syarikat penerbitan bahan bacaan ilmiah itu akan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk memberi inspirasi kepada pembelajaran bahasa dengan cara yang menyeronokkan.
Bagi menghargai sokongan berterusan daripada pihak pelanggan, satu pertandingan iaitu Oxford Big Write diadakan syarikat berkenaan yang bermula Mac lalu.
Pengarah Urusannya Sharmini Nagulan berkata, pertandingan penulisan kreatif itu julung kali diadakan.
“Oxford Big Write mencari pelajar yang memiliki imiginasi dan pemikiran kreatif meluahkan perkataan dalam bahasa Inggeris.
“Pertandingan adalah bertemakan Journeys, dan dibuka kepada dua kategori umur iaitu kategori satu bagi umur 15 hingga 17 tahun, manakala kategori dua berumur 18 hingga 19 tahun,” katanya.
Bagi pertandingan itu, pelajar boleh mengambil borang di laman web www.oxfordfajar.com.my sebelum 30 April ini.
Lima penulisan terbaik akan dipilih sebagai pemenang dan akan menyertai kem penulisan kreatif selama empat hari.
Manakala penulisan mereka akan diterbitkan Oxford Fajar sebagai himpunan cerpen.
Hadiah utama bernilai RM2,000 akan diberikan kepada penulisan cerita terbaik bagi setiap kategori yang akan diumumkan di kem penulisan kreatif pada Jun ini di Kuala Lumpur.
Sempena pertandingan itu, lapan bengkel penulisan kreatif turut dianjurkan di seluruh negara dengan membabitkan 700 pelajar dari 120 sekolah.
Pelbagai strategi, tip dan teknik didedahkan melalui bengkel itu bagi membantu pelajar membina idea kreatif, mantap dan tersusun untuk penulisan.
Selain itu, Oxford Fajar juga akan menganjurkan Oxford Big Read Competition yang dijadualkan pada May ini membabitkan dua kategori utama iaitu kategori satu berumur 10 hingga 12 tahun dan kategoi dua bagi umur 13 dan 14 tahun.
Sumber : Metro http://buff.ly/2pk4DGp
Gambar : oxfordfajar.com.my