KEMAMAN – Battle Robot TATIUC 2017 peringkat negeri kali yang julung kalinya diadakan di negeri ini semalam mencatatkan permulaan yang cukup memberangsang dengan penyertaan 80 pasukan daripada 28 buah sekolah menengah.

Dalam program anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal & Automasi (FTKEA) Kolej Teknologi TATI (TATIUC) yang berlangsung di kampus insitusi pengajian itu di sini, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) muncul sebagai juara,

SMKSI membawa pulang hadiah wang tunai RM900 berserta trofi manakala tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu (SESMA), diikuti SMK Badrul Alam Shah di tempat ketiga.

Pertandingan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi Ke­rajaan negeri,Bazlan Abdul Rahman.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah TATIUC, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar; Rektor TATIUC, Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Ibarahim dan Pengarah Program Battle Robot TATIUC 2017, Dr. Ruzlaini Ghoni.

Sementara itu, bagi kategori Rekaan Robot Terbaik pula dime­nangi oleh pasukan SMK Mak Lagam manakala juara ka­tegori Penggunaan Bahan Terbuang Yang Optimum diraih oleh SMK Kerteh.

Program yang dirintis itu bertujuan menggalakan pembangunan robotik di negeri ini di samping mempromosikan TATIUC kepada masyarakat luar.

Bazlan dalam ucapannya mengalu-alukan program seum­pama itu yang dijayakan bersama dengan Jabatan Pendidikan kerana selari dengan usaha mentransformasikan sistem pendidikan negara melalui penekanan terhadap elemen kreativiti dan inovasi.

“Para pelajar mampu memperoleh pengalaman pem­be­lajaran secara hands-on untuk memperkembang potensi krea­tiviti, kemahiran membuat ke­pu­tusan dan menyelesaikan ma­salah.

“Program sebegini menuntut kemahiran berfikir serta ke­mahiran mengaplikasikan ilmu pengetahuan selari de­ngan ku­rikulum pembelajaran di TATIUC,” ujarnya.

 

 

 

 

Sumber : Utusan                  http://buff.ly/2pENHho

Gambar : facebook.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *