KOTA TINGGI: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) adalah elemen penting dalam melahirkan lebih ramai pekerja tempatan berkemahiran tinggi. 

Timbalan Perdana Menteri, berkata kerajaan juga sentiasa memberi penekanan kepada agenda TVET kerana seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara maka sudah tentunya pasaran kerja memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir. 

“Jika bakat serta kemahiran anak muda tidak dilatih, dibimbangi peluang pekerjaan yang ditawarkan berdasarkan kemahiran akan dikuasai oleh warga asing. 

“Ia sekali gus tidak selari dengan matlamat kerajaan yang menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan termasuk bidang berkemahiran tinggi,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pembangunan Hab Kemahiran Johor, kampus induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Dewan Besar KYPJ di sini, hari ini. 

Ketiga-tiga pembangunan itu adalah sebahagian daripada komponen Bandar Akademik Johor. 

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM20 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi membiayai kursus TVET di Pembangunan Hab Kemahiran. 

Sumber : Berita Harian                  http://buff.ly/2ejS5KX

Gambar : facebook.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *