Tidak sekali-kali berputus asa, sentiasa menjaga hubungan baik dengan Ilahi dan ibu bapa serta sanggup berkorban masa tanpa jemu.”

Kata-kata semangat itu menjadi pegangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Haziq Zulhairi Norhisham, 17, yang juga peserta Seminar SPM BH Skor anjuran UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) di sini, baru-baru ini.

Pelajar SMK Kompleks Sultan Abu Bakar itu berkata, teknik menjawab soalan peperiksaan yang diketengahkan penceramah ringkas serta mudah difahami.

“Bagi mencapai kejayaan, kita tidak boleh menjadikan kegagalan atau cabaran sebagai kekangan kerana yang penting bagaimana usaha dimanfaatkan untuk merealisasikan setiap impian.

“Teknik berkesan yang disampaikan penceramah mudah difahami dan saya dapat lebih menguasai sesuatu topik,” katanya ketika ditemui pada seminar berkenaan.

Seminar bimbingan peperiksaan selama dua hari itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UEM Sunrise bagi mendekati komuniti setempat menerusi pendidikan.

 

Soalan KBAT

Program itu mendedahkan calon SPM dengan kaedah belajar secara berkesan menjelang peperiksaan penting, November depan.

Sementara itu, calon SPM dari SMK Taman Nusajaya, Vanitha Jeyavelu, 17, menyifatkan penganjuran seminar berkenaan adalah usaha bertepatan bagi mengetengahkan pelajar dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara lebih dekat.

Vanitha yang turut aktif dalam sukan karate berkata, ibu bapanya sentiasa memberi sokongan padu dan motivasi supaya dirinya meraih keputusan cemerlang dalam SPM.

“Saya tidak pernah menjadikan jadual harian yang padat sebagai halangan kerana percaya pengurusan masa seimbang dapat membantu saya fokus dalam kedua-dua bidang (akademik dan kokurikulum) ini.

“Di samping itu, saya juga ada membuat latihan ulang kaji menerusi portal Fullamark kerana portal ini menawarkan subjek dan soalan secara interaktif yang menyeronokkan,” katanya. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *